Beliau akan menemui penduduk di Negeri Sembilan dan Melaka hari ini.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki batang tubuh melawan kekuatan Umno mula menjelajah beberapa negeri menjelang hukuman tuduhan liwatnya pada Isnin depan.
Megikut jadual, beliau akan menemui penduduk di Negeri Sembilan dan Melaka hari ini.
Esoknya, Anwar akan menemui Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Aziz Nik Mat di rumahnya di Kota Baru.
Kunjungan bermula semalam di Johor semalam kubu kuat Umno tunjang BN yang telah berkuasa lebih 50 tahun lalu.”Kunjungan ini bukan hanya untuk menyatakan saya tidak bersalah tetapi untuk menyakinkan masyarakat bahawa inilah saatnya untuk tidak memilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai langkah untuk demokrasi dan keterbukaan yang lebih baik,” kata Anwar kepada AFP.
Kunjungan akan diakhiri dengan demonstrasi di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebelum hukuman dibacakan dalam perbicaraan yang berjalan selama dua tahun.
Jika diputuskan bersalah, dia akan dipenjarakan dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Pilihan raya awal?
Mandat BN akan berakhir pada Mac 2013, tetapi muncul desakan untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Tuduhan terakhir – yang melibatkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, 26 tahun, – dilancarkan setelah Anwar memimpin gabungan pembangkang dan menang besar tanpa diduga dalam pilihan raya umum 2008.
Bekas pemimpin pemuda PKR, Faris Musa ketika dihubungi berkata, rakyat perlu turun seberapa ramai boleh.
“Setakat ini ramai sedia turun walau pun dihalang polis,” katanya.
“Orang Sabah dan Sarawak pun akan turun. Jangkaan kita semua sekali 100, 000 orang”
Pada 1999, Anwar dipenjarakan selama enam tahun atas kesalahan rasuah.


0 ulasan:
Catat Ulasan