Khamis, 5 Januari 2012

Keluarga nafi Pelajar Terbaik SPM 2004 semakin Liar.

shahril shaid

JOHOR BHARU - Nur Amalina Che Bakri suatu ketika dahulu pernah menjadi idola pelajar pelajar di Malaysia selepas membuat kejutan dengan mendapat keputusan cemerlang SPM 17A1.

alt

Beliau yang kini telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) dikatakan telah mengamalkan hidup bebas angkara kejutan budaya di sana sehingga memberi kesan terhadap pembelajarannya.

Gambar beliau yang dilihat tidak bertudung dan bersosial telah disebarkan melalui sebuah blog dan laman sosial facebook.

alt

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu kepada Pelajar cemerlang ini.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” tambah Sabariah lagi.

Tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

0 ulasan: