
Ketua Jawatankuasa Hak Orang Asli, Majlis Peguam Andrew Khoo berkata mahkamah itu akan bekerjasama dengan Mahkamah Alam Sekitar untuk melindungi alam sekitar yang dihuni oleh masyarakat pribumi daripada syarikat-syarikat swasta.
Beliau memetik bagaimana panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang menolak untuk mengadili kes yang melibatkan tanah hak adat yang dikenali sebagai kes Bato Bagi. Beliau sebaliknya memilih untuk menarik diri daripada mendengar kes berkenaan."Saya harap Ketua Hakim Negara yang baru akan gunakan prinsip-prinsip Johannesburg yang beliau sebut untuk melindungi tanah adat Orang Asli / Asal daripada kemusnahan alam sekitar dan pencemaran ekologi oleh syarikat perlombongan dan perladangan," katanya.
Khoo berkata demikian semasa di luar Tahun Perundangan 2012 dan Persidangan Hakim-hakim di Putrajaya semalam.

0 ulasan:
Catat Ulasan