Isnin, 9 Januari 2012

Kronologi 901: Lebih 2,000 tiba di tempat letak kereta mahkamah

KEADILAN DAILY


7.25am: Tian Chua membuat ucapan.

7:15am: Bilangan demontrans 901 semakin meningkat walaupun polis seolah-olah memberi tekanan dengan membuat pemeriksaan rambang termasuk bertanya kad pengenalan dan sebagainya. Bagaimanapun, kain rentang Bebas Anwar tidak dihalang untuk dibawa demontrans.

6.45am: Lebih 2,000 penyokong Himpunan 901 sudah berada di kawasan letak kereta mahkamah. Jumlah semakin meningkat. Sebahagiannya memakai topeng wajah Anwar yang diedar badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13


6.30am: Sebahagian peserta Himpunan 901 dihalang sepasukan polis dari memasuki perkarangan mahkamah dengan alasan ia hanya dibuka jam 7 pagi. Ketika ini hujan semakin lebat tetapi ia tidak mematah semangat pencinta keadilan.

6am: Solat Subuh. Beberapa ratus orang bersolat di Masjid Wilayah dan meninggalkan masjid dengan laungan reformasi sebelum berarak ke mahkamah.

4am: Semakin banyak bas dari luar Kuala Lumpur berhenti berdekatan Jalan Duta atau Masjid Wilayah untuk menghadiri Himpunan 901. Polis pula sibuk menambah keanggotaaan – ada 12 trak polis dan 32 van polis ditingkatkan dari masa ke semasa.

1am: Sebahagian peserta Himpunan 901 sudah berada sekitar mahkamah, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Mereka ada yang berjaga sepanjang malam atau tidur dalam kenderaan masing-masing.

0 ulasan: