ANTARA POS.COM
KUALA LUMPUR : Tiga letupan bom yang berlaku ketika perhimpunan pembangkang berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu didalangi oleh seorang pakar letupan yang berpengalaman, kata Ketua Polis Kula Lumpur Datuk Mohd Salleh.
Polis mencapai rumusan itu berasaskan penemuan beberapa jam, bateri dan paip PVC di tempat kejadian.
"Kita percaya bom-bom itu diletupkan untuk menimbulkan keadaan huru-hara dikalangan orang ramai yang berkumpul disitu," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, disini hari ini.
Pada 9 Januari lalu, tiga insiden bom berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu polis mengesahkan lima orang cedera.
Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut.


0 ulasan:
Catat Ulasan