Umno akan memberi peluang kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali untuk membela diri dan tidak memecatnya secara melulu seperti yang dilakukan oleh parti itu, kata timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini perkara dalaman PAS, yang kita tidak pernah campur tangan. Tetapi dalam dalam Umno, kita ada sistem demokrasi yang berdasarkan Islam,” kata Muhyiddin yang juga adalah timbalan perdana menteri.
“Jika ahli membuat kesilapan, kita tidak pecat secara melulu. Tiada tindakan disiplin akan diambil tanpa memberinya peluang membela diri,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Katanya, sistem PAS yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada majlis jawatankuasa pusat membenarkan parti itu memecat Hasan tanpa sebarang pembelaan.
“Lihat Umno lebih bertimbang rasa berbanding parti lain,” kata Muhyiddin sambil menjelaskan t Umno akan memberi masa yang secukupnya kepada pesalah untuk menjawap kepada jawatankuasa disiplin dan membuat pembelaan mereka.
“Jika menegakkan Islam bukan lagi perjuangan PAS, terpulang kepada kebijaksanaannya membuat pilihan,” kata Muhyiddin.
Ditanya sama ada Umno akan membuka pintu kepada Hasan, timbalan perdana menteri berkata tidak ada sebab untuk tergesa-gesa.
“Umno sentiasa buka pintu kepada sesiapa jika mereka berminat dan bersedia berjuang dengan kita.”

0 ulasan:
Catat Ulasan