Isnin, 9 Januari 2012

Pas Pecat Hasan Ali. Liabiliti Kepada PAS atau Pakatan Rakyat?

Staff Berita Semasa

pas pecat hasan ali 2 Pas Pecat Hasan Ali. Liabiliti Kepada PAS atau Pakatan Rakyat?


Pas Pecat Hassan Ali. Itulah keputusan yang diambil oleh PAS pusat. Kata mereka, Datuk Dr. Hassan Ali dah langgar perlembagaan parti. Begitulah jawapan mereka. Pada pendapat kami, Hassan Ali boleh dikatakan “check and balance” dalam parti PAS. Begitu juga apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam UMNO.

  • Kadangkala kedua-dua pemimpin tersebut dilihat seringkali mengeluarkan pendapat & pendirian yang bertentangan dengan prinsip & perjuangan parti masing-masing
  • Kadangkala kedua-dua pemimpin kerap dilihat menegur secara terbuka mengenai “kepincangan” yang berlaku dalam parti masing-masing
  • Kadangkala ucapan yang diberikan kerap keluar di medium yang dimiliki oleh pihak lawan
  • Tetapi akhirnya kedua-dua nasib adalah berlainan?

Pas Pecat Hasan Ali : Kenyataan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

pas pecat hasan ali Pas Pecat Hasan Ali. Liabiliti Kepada PAS atau Pakatan Rakyat?

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan PAS pecat Hasan Ali itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur. Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan PAS pecat Hasan Ali itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS,” kata Abdul Hadi.

Pada pendapat kami, sebenarnya Datuk Dr. Hassan Ali bukan liabiliti PAS sebenarnya tetapi dilihat bertentangan dengan cara & pendekatan Pakatan Rakyat itu sendiri. Sebab kalau ikutkan sebelum tindakan PAS pecat Hasan Ali, dah banyak kali dah kita lihat dan dengar beliau berselisih & bercanggah pendapat antara satu sama lain terutamanya melibatkan isu-isu berbangkit di Selangor. Tetapi tidaklah sehingga membawa kepada pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali

Antara kemuncak kami merasakan jangka hayat beliau dalam PAS tidak lama, selepas kenyataan terbaru Hasan Ali di media. Boleh semak kronologi yang kami rangkumkan di bawah ini :

Kronologi Sebelum Tindakan Pas Pecat Hasan Ali :

  • 3 hari lepas (6 Januari 2011), Datuk Dr Hasan Ali buat kenyataan terbuka di media menasihati supaya rakyat Malaysia, ibubapa, mahasiswa elakkan menghadiri perhimpunan Bebas Anwar 901. Jangan pergi perhimpunan tersebut semata-mata kes peribadi, bukan kes masyarakat. Itu kata Hasan Ali.
  • Azmin Ali (timbalan Presiden PKR) menyelar kenyataan Hasan Ali
  • Azmin Ali meminta PAS pusat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ekoran kenyataannya mempersoalkan kehadiran orang ramai nanti dalam perhimpunan bebas Anwar 901 melibatkan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim yang akan berlangsung pada hari ini
  • Keluar surat terbuka untuk Datuk Dr. Hassan Ali dari Adun Seri Muda yang dikeluarkan oleh Malaysiakini
  • Petang semalam (8 Januari 2012) PAS pecat Hasan Ali

Pas Pecat Hasan Ali : Respon Datuk Hasan Ali Sendiri

pas pecat hasan ali 3 Pas Pecat Hasan Ali. Liabiliti Kepada PAS atau Pakatan Rakyat?

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyatakan kekesalan dan kekecewaannya berhubung isu pemecatannya sebagai anggota PAS hanya disebabkan oleh dasar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Timbulnya saya dipecat kerana Anwar Ibrahim. Apa yang saya komen tentang Anwar Ibrahim (sebelum ini) adalah komen peribadi.

“Saya tidak mahu dia mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangannya yang dirasakan ‘kotor’. Ini yang saya perjuangkan.“Saya adalah antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk menunjukkan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim terus dilonjakkan sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, malam Ahad.

Hasan berkata, beliau sebagai ahli PAS sendiri mengusulkan Mursyidul Am parti iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat malah mengesyorkan Presiden parti iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri.PAS pada Ahad memutuskan untuk memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Terbaru, beliau mempersoalkan kewajaran pemimpin PAS untuk menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar 901′ pada Isnin yang dipersetujui oleh Abdul Hadi dan Timbalannya, Mohamad Sabu.Beliau turut mengkritik kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa tidak senang terhadap Azmin Ali yang mendesak pimpinan PAS agar mengenakan tindakan ke atas beliau kerana kritikannya mengenai perhimpunan 901.“Bagaimana orang PAS boleh ditunjuk (mengenai desakan) kepada presiden dan timbalan presiden (parti),” katanya.

Hasan turut berkata, apa pun yang berlaku sama ada dipecat atau dilucutkan jawatan exco sekali pun, beliau akan terus berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan institusi beraja.Namun beliau turut tidak meminggirkan yang lain-lain dengan mengatakan: “Hasan Ali akan membantu siapa yang harus dibantu.”“Walaupun saya berpegang kepada tiga prinsip itu namun kepada seluruh rakyat Malaysia, ini adalah prinsip yang menjadikan Malaysia sebagai negara idaman yang seronok diduduki oleh orang Melayu, Cina dan India juga orang Islam, orang Kristian (dan lain-lain) tetapi mesti mengikut peraturan-peraturannya,” katanya.

Dalam perjumpaannya bersama media dan para penyokongnya di kediamannya pada malam Ahad, Hasan berkata, beliau akan mengadakan satu sidang akhbar khas dalam tempoh seminggu ini.

“Saya akan menjelaskan mengenai beberapa perkara yang bukan sahaja berkenaan dengan pemencatan saya sebagai ahli PAS tetapi juga rentetan peristiwa serta kenapa beliau memperjuangkan tiga isu iaitu Islam, Melayu dan sistem beraja serta apa sebenarnya yang berlaku di mana sebelum tidak dapat dilakukan kerana sekatan sebagai ahli PAS dan tindakan-tindakan saya pada masa akan datang,” katanya lagi.

Selain ratusan penyokong Hasan yang menghadiri perjumpaan itu, antara mereka yang turut serta ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.[Sumber : Mstar]

Cuma kami berharap KEBEBASAN BERSUARA yang dilaung-laungkan sebelum ini bukan sekadar atau hanya retorik Pakatan Rakyat semata-mata. Dicanang, memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi apabila ahli sendiri bersuara & menyampaikan pandangan “yang agak kurang senang untuk didengar”, maka dipecat?

Walauapapun, keputusan sudah pun dibuat oleh parti mereka (parti PAS). Itu keputusan mereka. Mungkin sudah ditegur bebarapa kali tetapi masih meneruskan juga dengan pendirian beliau dalam beberapa isu. Akhirnya……

P/S : Persoalannya sekarang selepas Pas Pecat Hasan Ali, bermakna secara automatiknya beliau kini sudah jadi Bebas. Tetapi adakah Hassan Ali masih lagi kekal sebagai Exco Selangor atau digugurkan daripada barisan Exco Selangor juga? Ataupun beliau akan kembali aktif dalam kem motivasi (summer camp based style) seperti yang dilakukan sebelumnya. Sama-sama kita nantikan apa yang berlaku selepas ini.

PP/S : Persoalannya kedua sekarang, apakah platform yang akan menjadi pilihan Datuk Dr Hassan Ali selepas ini. Adakah beliau akan menyertai Umno? KITA? Perkasa? Sertai mana-mana NGO yang lain? Ataupun masih lagi kekal sebagai ahli BEBAS?

0 ulasan: