Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew Daily, Zohdi - yang dipindahkan ke Kulim pada 20 Dis tahun lalu dan mengambil alih tugas pada 1 Jan - berkata beliau tidak menyedari larangan yang diluluskan semasa mesyuarat majlis yang dipengerusikan oleh pegawai daerah sebelum dirinya.
Katanya, beliau akan memanggil mesyuarat secepat mungkin untuk mengkaji semula perkara berkenaan dan menggantikan larangan itu dengan dasar baru.Zohdi menegaskan bahawa pendirian kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah sangat jelas - untuk mengekalkan peraturan-peraturan semasa yang melarang vendor atau peruncit daripada menjual alkohol kepada masyarakat Islam dan belia di bawah umur 18 tahun.
Semalam, beberapa akhbar melaporkan bahawa pemilik kedai minuman keras di Kulim menerima surat dari majlis perbandaran, yang menyatakan bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun.
Tindakan itu dilaporkan selaras dengan dasar untuk menjadikan Kulim daerah bebas alkohol.

0 ulasan:
Catat Ulasan