Isnin, 16 Januari 2012

PKR: Kenyataan anak Shahrizat timbulkan persoalan baru dalam isu NFC



KUALA LUMPUR — PKR mempersoalkan kenyataan Pengarah Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC) Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa operasi pusat ternakan lembu itu berjalan seperti biasa walaupun aset dibekukan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, pihaknya memandang serius perkara itu, menambah terdapat dua persoalan utama yang perlu dijawab pentadbiran Najib.

“Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Datuk Seri Najib Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus (kepada NFC) atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Wan Shahinur Izmir berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa” walaupun aset telah dibekukan.

Sebelum itu Najib mengumumkan kesemua aset NFC dibekukan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah “keputusan terbaik”.

Tegas Rafizi, pihaknya mendesak agar aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC serta melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang berlaku.

“Tindakan membekukan aset NFC sepatutnya bermakna sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.

“Pengurusan sedia ada yang terdiri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain,” katanya.

Selain itu tambah Rafizi, sebarang pemindahan wang keluar dari NFC termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta.

“...dan sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

“Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah,beliau tidak dibenarkan masuk

0 ulasan: