Jumaat, 6 Januari 2012

PRU13 - PM Sementara Jika Pakatan Menang.

shahril shaid

alt


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan ada seorang Perdana Menteri Sementara yang akan dilantik Pakatan sekiranya gabungan Parti itu berjaya membentuk kerajaan.

Perlantikan tersebut kata beliau dilantik jika beliau berdepan dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya pada 9 Januari ini.

Jika disabitkan kesalahan, Anwar akan dipenjara sehingga 20 tahun mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk dipenjara begitu lama kerana jelas katanya kes liwat II membabitkan merupakan konspirasi politik semata-mata jika Mahkamah tidak dijadikan alat politik bagi pihak-pihak tertentu.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan AK Party di Turki apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti tersebut, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada ketika itu beliau menjelaskan Abdullah Gul dilantik menjadi Perdana Menteri semenara setelah tAK Party menang sehingga undang-undang dipinda untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai Politik.

Tidak menafikan kemungkinan berdepan dengan masalah untuk memilih Perdana Menteri sementara itu, beliau memandangkan tokoh tersebut mengisi jawatan hanya untuk beberapa ketika.

0 ulasan: