MALAYSIA KINI
Ahli-ahli parlimen Bebas juga perlu mengisytiharkan aset mereka, kata Transparency International Malaysia (TI-M).
"TI-M (juga) menggesa semua wakil rakyat yang dipilih sama ada dari kerajaan, pembangkang atau Bebas, untuk mengisytiharkan aset mereka secara terbuka sepenuhnya apabila memegang jawatan dan pada setiap sela masa yang ditetapkan selepas itu," kata presidennya, Paul Low (kiri) dalam satu kenyataan media.Menurutnya, bagi memberikan gambaran sebenar mengenai aset mereka, mereka perlu juga mendedahkan segala liabiliti, pinjaman dan hutang yang ditanggung.
Dalam jangka panjang, kata Low, tindakan itu akan meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur-pelabur asing di Malaysia berhubung integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
Sehubungan itu, beliau berkata TI-M menyambut baik pendedahan aset oleh wakil rakyat Pulau Pinang secara terbuka minggu lalu.
Ini adalah inisiatif kedua oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin, dengan ahli-ahli exco Selangor merintis jalan.
Cadangan Ketua Hakim Negara supaya hakim-hakim mengisytiharkan aset mereka juga dipuji.

0 ulasan:
Catat Ulasan