Ahad, 8 Januari 2012

Umno/SPR bodohkah rakyat Malaysia


Assalamualikum wbt muslimin muslimat yang dihormati.

Umum tahu betapa kelicikan parti sekutu Apco Umno-BN dengan kepakaran kelentongan membuat persediaan menghadapi PRU-13, dengan segala perbelanjaan dari 'bantuan' rakyat (BR1M) 1Malaysia, upahan blogger pecacai pro-Umno-BN melanyak Pakatan Rakyat dan DS Anwar habis-habisan di setiap ruang siber, media cetak dan elektronik.

Kempen-kempen dan ceramah memaki,mencaci dan memfitnah serta memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat hingga memualkan para pendengar, melainkan mungkin makcik-makcik Felda boleh tertipu, atau yang di pedalaman tanpa capaian internet, atau juga yang ada akal tapi buta huruf dan perut!

Tapi rakyat marhaen kini banyak terdiri dari para muda belia dan terpelajar. Mereka dengan mudah boleh dapat segala maklumat terkini di hujung jari. Segala kelentongan dan penyelewengan kini sukar disembunyikan, apa lagi dengan pendedahan benar baru-baru ini oleh Ketua Audit Negara. Hanya yang dunggu atau buta akal sahaja yang tidak nampak segala kebejatan kerajaan pemerintah sekarang.

Mungkinkah spesis seperti lembu Feedlot, spesis pengarak kepala lembu, spesis pemberi hadiah 'taik' mamak-mamak India Muslim Pulau Pinang yang mengaku Melayu yang biadap, spesis kaki maki hamun dan fitnah sambil menghunus keris bogel juga yang lain-lain yang seangkatan dengannya saja yang percaya dan yakin akan apa saja tohmahan kerajaan BN.

Para penyokong totok parti karat biru Umngok-BN kuat perkauman ini melaung sanggup bermandi darah walau tahu tindakan mereka menyalahi undang-undang hasutan dan sensitif, tapi mungkin kerana berpihak pada kerajaan pemerintah maka tiada tindakan dikenakan, jikalah ini dari pembangkang sudah pasti tindakan akan jadi seperti anjing gila mengamuk sakan sepuas-puasnya.

Lihat saja banyak contoh kebiadapan seperti dari pemuda Umno. Perkasa dan NGO-NGO pengampu berdemo, memfitnah dan membuat kacau di jalanan dengan perlembukan mat-mat rempit,penagih-penagih dadah dan kaki mabuk seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Mengganggu lalu lintas dan orang ramai serta mengancam ketenteraman awam seperti digalakkan oleh pemerintah pusat jadinya.

Kini PRU-13 makin menjelang sudah pasti gendang perang dipalu habis-habisan terhadap pembangkang terutama PR . Segala strategi khianat dan licik diatur, banyak perbelanjaan dikeluarkan dari wang rakyat, untuk para pengacau ,para pecacai blogger pengampu, para penulis fitnah juga kempen di media kerajaan seperti dari media cetak dan elektronik .

Persekongkolan dan memperalatkan jentera dan jabatan kerajaan sudah tiada sempadan lagi,apa saja yang boleh diperlembukan akan dilembukan. Lihat saja SPR yang dulu berdolak dalik dalam permintaan Bersih !

Setelah sekain lama mencari akal dan helah kini bersetuju pengunaan dakwat kekal tapi liciknya SPR dan Umno-BN dengan mengenakan syarat seperti mengunakan dakwat kekal untuk menunjukkan pengundi itu telah mengundi, tapi ini dilakukan sebelum mengundi bukan selepas mengundi , yang sepatutnya dilakukan !

Apa jadi jika pengundi itu tidak mahu ditandakan dakwat sebelum mengundi? Mengapa tidak dipintu keluar selepas mengundi seperti dicadangkan seorang penulis Ravinder Singh dari Batu Maung!

Dan mengapa mengambil data dan rekod pengundian disetiap pusat mengundi? Dahulu semasa setiap kali pilihan raya umum diadakan, semua peti undi dari setiap kawasan akan dibawa kesatu pusat pengiraan dibawah pengawasan wakil-wakil parti yang bertanding dengan kawalan polis, dimana ia akan dibuka dan campur sebelum dibuat pengiraan. Ini akan menunjukkan kecenderungan dan sokongan politik keseluruhan para konstituensi, dan bukan menunjukkan kelompok-kelompok setiap penduduk di dalam satu-satu kawasan itu.

Niat jahat tidak telus untuk mengubah sempadan berdasarkan sokongan dan kecenderungan pemilih dengan mengenal pasti sokongan masyarakat dan kelompok tertentu itu akan memudahkan para pengkhianat mengatur strategi dengan helah persempadanan semula seperti yang pernah berlaku ,demi untuk kepentingan parti pemerintah. Untuk mengubah dan memutar sempadan bagi kepentingan parti pemerintah perlu maklumat terperinci seperti sokongan arah politik penduduk sesuatu kawasan semaksimum mungkin.

Jika seperti dahulu satu kawasan atau konstituensi agak besar dan merumitkan, akan menyukarkan untuk mendapat dengan tepat kawasan yang patut diubah atau disatukan dengan kawasan lain.

Jadi cara cerdik dan pintar menipu untuk dapat info atau maklumat terperinci ini semua ialah hanya dengan cara ini, ambil data atau rekod dari setiap kawasam peti undi, pengiraan pula kini dibuat di tempat undian itu sendiri! Lihat betapa kelentongan licik terserlah oleh mereka.

Undian atau pemilih adalah rahsia .seperti juga kata penulis itu lagi ,lebih baik guna cara dulu lagi yang mana semua kertas undi dikumpulkan disatu tempat pengiraan undi dikawasan tersebut,dicampur semua dan dikira biar keputusan sedikit lambat asal ada ketelusan.

Tidak sepatutnya ada walau apa catatan atau keterangan yang menunjukkan bagaimana pengundi-pengundi mengundi di mana-mana pusat mengundi. Undi sepatutnya adalah sulit dan rahsia, dan tidak boleh jika ada kemungkinan mengetahui bagaimana pengundi baik dari sekitar kawasan,perumahan atau kampong mengundi.

Masyarakat kini tidak lagi perlu ditipu dengan agenda tersembunyi dengan mengira undian disetiap satu kawasan mengundi oleh kerajaan sekutu Apco arus jahiliah.

Undilah asal bukan Umno-BN !

Allahu Akhbar

0 ulasan: