Leven WoonPekerja tidak akan diwajibkan menyumbang 10 peratus terhadap pendapatan bulanan untuk insuran kesihatan skim 1Care yang dicadangkan, kata Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai.
"Mustahil ia akan menjadi strategi kerajaan. Jika kena keluarkan 10 peratus daripada gaji untuk kesihatan, saya sendiri tidak akan setuju," katanya semalam.
Beliau menegur pembangkang yang didakwa memanipulasi angka dan maklumat berkaitan 1Care untuk memberikan gambaran separuh benar.
"Tinjauan kita mendapati isi rumah membelanjakan purata 9.5 peratus untuk kesihatan, tetapi pembangkang menggambarkan bahawa kita akan mengenakan cukai 10 peratus kepada orang awam," katanya.
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
12 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan