Persatuan peguam Malaysia untuk Kebebasan akan terus cuba mendapatkan keadilan bagi penulis Saudi Hamzah Kashgari yang berhadapan hukuman mati kerana didakwa menulis komen yang menghina Nabi Muhammad di akaun Twitternya.
Mereka menuntut menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Najib bertanggungjawab dan akan memfailkan habeas corpus di mahkamah Jalan Duta di hari Isnin pada pukul 2 petang. “Sama ada Hamza akan dihantar pulang dan telah berada di Arab Saudi, Menteri Dalam Negeri itu masih perlu manjawab kenapa dia ditahan dan dihantar pulang,” tegas peguam hak manusia Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle.
Hamza Kashgari yang berusia 23 tahun merupakan penulis yang telah menggemparkan tanah airnya yang kaya dengan minyak dengan mengepos komen pada Maulidur Rasul yang disambut minggu yang lalu. Lantas menyebabkan beberapa para alim ulama di Negara itu mahukan dia dihukum bunuh.
Kashgari melarikan diri dari negaranya tetapi ditangkap oleh polis Malaysia yang dimana rakyatnya bermajoriti Islam pada hari Khamis apabila dia sedang transit di KLIA.
“Penulis Saudi itu telah dihantar kembali ke negaranya pada pagi Ahad,” kata jurucakap polis kepada Reuters. “ Ini adalah hal dalaman pihak Saudi dan kita tidak akan memberi komen selanjutnya berkaitan kes ini.”
Darah pada tangan
Walau bagaimanapun, peguam dan aktivis menyatakan tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi. Oleh itu tidak ada keperluan untuk menyerahkan Kashgari kepada orang yang "mahu menghukumnya".
"Deportasi menyalahi undang-undang keranai peguam Kashgari Muhammad Afiq Mohamad Nor, telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalangnya dari dihantar pulang," MP Klang Charles Santaiago dari DAP berkata dalam satu kenyataan.
"Pokoknya, isu ini adalah blogger muda ini mahu mendapatkan suaka. Jadi soalannya disini adalah kenapa pegawai UNHCR tidak dibenarkan menemui Kashgari? Ini adalah satu pencabulan hak asasi manusia yang terang-terangan."
Charles yang turut membidas hipokrasi kerajaan Malaysia, yang hanya minggu lalu, telah mengutuk pihak berkuasa Indonesia kerana menembak beberapa militan, yang sebahagiannya terdiri daripada rakyat Malaysia.
Hisham telah berkata anggota Jemaah Islamiah Malaysia tidak perlu ditembak mati kerana mereka boleh dipulihkan kerana Malaysia mempunyai imej sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.
"Malaysia langsung tidak memperdulikan hak asasi manusia, menghantar seorang
lelaki muda untuk menghadapi kematian di negara asal beliau. Jika Kashgari dihukum mati, Malaysia akan turut bertanggungjawab" kata Charles.
Paras terendah dalam pentadbiran Najib
Perdana Menteri Najib Razak yang sering berada dalam kemelut, dituduh double standard dan mendakwa mengamalkan kesederhanaan di forum-forum global pada masa yang sama mengamalkan sebaliknya di Negara ini, berkemungkinan menghadapi kutukan yang lebih besar daripada masyarakat dunia.
"Tindakan Malaysia untuk mengusir Hamza Kashgari ke Arab Saudi telah menjadikan Malaysia memegang rekod terburuk dalam kegagalan untuk menghormati hak manusia dan jika dia menghadapi hukuman mati di Arab Saudi, kerajaan Malaysia akan turut bertanggungjawab. Bukan sahaja kerajaan Malaysia menghalang aksesnya kepada peguam dan menjauhkan agensi pelarian PBB dan pada hari Ahad, polis memberitahu peguam bahawa Kashgari masih ditahan walaupun dia telah dipaksa pada menaiki kapal terbang, " tulis Phil Robertson,Timbalan Pengarah, bahagian Asia Hak Asasi Manusia, dalam satu kenyataan yang agak menyengat.
"Berdasarkan representasi dari pihak polis, para peguam meminta dan menerima injunksi mahkamah untuk mencegah deportasi telah bergegas ke lapangan terbang dan diberitahu oleh pegawai Imigresen bahawa Kashgari telah pergi. Dengan tindakan itu, Kementerian Dalam Negeri sekali lagi menunjukkan bahawa kedaulatan undang-undang hanyalah mengikut budi bicara mereka ia lebih bersedia untuk berahsia dalam operasi mereka untuk mengekalkan fleksibiliti dalam melakukan apa yang mereka mahu bila-bila masa sahaja.
"Kerajaan Malaysia mendakwa bahawa tindakan itu berdasarkan persefahaman yang sekian lama antara Malaysia dan Arab Saudi walaupun hakikatnya tidak ada perjanjian ekstradisi dua hala antara kedua-dua negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib cuba untuk menuntut pembaharuan, tetapi apabila keputusan perlu dibuat, dia senyap sahaja dan menghilangkan diri. Adakah PM Najib akan menerangkan apa asas penahanan Kashgari oleh kerajaan Malaysia dan mengesahkan sama ada Akta zalim Keselamatan dalam Negeri (ISA), dimana Najib telah berikrar untuk hapuskan, telah digunakan dalam kes ini? Apabila mencari tempat dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Malaysia telah berjanji bahawa ia akan mematuhi perjanjian-perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, tetapi dari hari itu juga Malaysia dan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia telah berpaling jauh dari ikrar itu. " Malaysia Chronicle

15 ulasan:
Semoga orang ramai akan menjadikan ini sebagai pengajaran, jangan sekali mencaci agama ataupun Nabi Muhammad dalam apa cara pun. Terutamanya dalam negara yang mengutamakan agama Islam.
Saya berharap blogger tersebut tidak akan menghadapi hukuman mati, kerajaan Saudi perlulah menangani isu ini dengan berperikemanusiaan.
Siapa sebenarnya yang memberi arahan untuk menangkapnya dan menghantarnya kembali ke negara asalnya? Orang yang memberi arahan itu yang seharusnya yang memberi penjelasan kepada persoalan yang ditaburkan.
Jika masih boleh membantu dan masih boleh diselamatkan, lakukan yang terbaik untuk menghalang dari hukuman bunuh itu dilanjutkan.
Hamza kena bersedia hadapi hukuman tersebut, itulah akibatnya menghina kesucian agama islam.
pihak yang mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia dan bersungguh2 mahu menegakkan hak asasi manusia, kenapa tidak mengkritik kerajaan Arab Saudi ekoran hukuman yang bakal dijatuhkan kepada Hamza?? jika mereka bersungguh2 mahu membela Hamza, mereka sepatutnya telah berada di Arab Saudi bagi menyampaikan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan di negara itu..
apa maknanya hak asasi jika selepas ini Malaysia akan menjadi tumpuan para pengganas atau penjenayah asing untuk mendapatkan perlindungan di negara ini??
Di Malaysia, blogger yang buat komen menghina tidak akan menghadapi hukuman seberat tu. jika benar perbuatan tersebut dibalas dengan hukuman mati, saya rasa undang2 di Arab ni memang tak berperikemanusiaan. mungkin mereka perlu mengubah undang2 mereka sama seperti kes seorang budak di China yang telah dilanggar beberapa kali.
seorang yang telah melakukan kesalahan perlu bertanggungjawab ke atas perbuatannya. sekarang, sebab tindakan seorang saja boleh membawa masalah kepada negara.
Malaysia bukannya tepat persingahan para penjenayah.
Orang yang menghina Nabi Muhammad perlukah kita bela? Namun tidak semestinya dihukum bunuh. Perlu juga ada pembicaraan dalam kes ini. Mengenai menghantar pulang itu sudah tanggungjawab kita walaupun tidak ada perjanjian dibuat namun bagi memastikan kerjasama dalam membenteras jenayah dapat dilaksanakan sebaiknya.
The extradiction of the blogger was in compliance of the MoU that was sign between both nation.
Kerana mulut, badan binasa. Ini merupakan pengajaran kepada semua agar menghormati kepercayaan orang lain.
Mungkin agak telalu kejam jika hukuman bunuh dijatuhkan terus kepada blogger ini. Diharap ada 'keajaiban' berlaku.
Setiap tindakan ada akibatnya
Catat Ulasan