Ahad, 19 Februari 2012

Hassan Ali Sahkan Parasit PAS Berhampiran Nik Aziz Nik Mat


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali berkata Pas harus dikembalikan ke tangan ulama dan tak harus dibiarkan hancur ditangan parasit-parasit yang semakin berleluasa dalam parti tersebut.

Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya. Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000 kilometer."

Hasan melihat golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti itu, katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro

Beliau mendedahkan, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 ulasan: