ANTARA POS.COM
PADANG SERAI : Perbuatan Pas membangkitkan isu kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor, hanya bertujuan menyekat Perdana Menteri daripada menemui kaum India.
Pengerusi MIC Kedah S. Ananthan berkata perbuatan Pas tersebut turut membayangkan parti itu seolah-olah anti kaum India kerana tidak mahu Perdana Menteri mendekati kaum tersebut.
Kehadiran beliau bukan untuk bersembahyang di kuil tetapi membawa mesej positif kepada penganut agama Hindu, khususnya kaum India, yang mana Perdana Menteri kali ini mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk Pusat Kebudayaan Kaum India, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Justeru, Ananthan berkata sudah tiba masanya untuk kaum India di negeri ini menolak Pas dan juga pakatan pembangkang yang jelas hanya mahu mempergunakan
kaum itu untuk berkuasa.
"Cukuplah masyarakat India dijadikan alat untuk menjayakan maksud mereka (parti pembangkang) dan apabila tercapai, mereka menang, segala janji yang mereka buat tak pernah pun ditunaikan dan masyarakat India yang menjadi mangsa mereka," katanya.


0 ulasan:
Catat Ulasan