Sabtu, 18 Februari 2012

Kedai 1Malaysia tidak adil kepada peruncit

Zulkifli Sulong,


JELEBU: Kerajaan tidak wajar membina kedai 1Malaysia kerana ia tidak memberikan keadilan kepada semua tetapi yang bertompok-tompok sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kuala Klawang malam tadi berkata, kedai 1Malaysia juga menzalimi peniaga runcit yang lain.

"Kalau kerajaan nak teruskan juga buat kedai jenis ini, ia patut dibuat seluruh kampung dan tempat di seluruh negara.

"Kalau tidak, ia hanya untungkan Mydin yang mendapat jutaan duit kerajaan iaitu duit semua rakyat dan orang di keliling kedai runcit ini sahaja," katanya.

[Gambar: Tuan Ibrahim (membelakangkan kamera) mengedar risalah di sebuah kedai di Kuala Klawang.]

Tuan Ibrahim berceramah sempena konvoi jelajah Malaysia anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Konvoi yang disertai pemimpin lajnah penerangan PAS ini berada di Negeri Sembilan semalam dan malam tadi.

Pagi ini mereka bertolak ke Melaka dan akan berakhir di Johor esok.

Minggu depan, konvoi ini akan menjelajah negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Dua minggu lalu mereka telah berkonvoi ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebelum itu mereka berada lima hari di Sabah dan Sarawak.

Sebelum Tuan Ibrahim, satu forum kepenggunaan di Terengganu juga diberitahu perkara yang sama.

Pengarah Urusan Sabasun Hyperuncit, Encik Che Salmi Ibrahim berkata, langkah kerajaan membuka rangkaian kedai runcit 1Malaysia telah membunuh para peruncit di Malaysia.

"Sebelum ini hypermarket milik pemodal besar dunia masuk dengan kerajaan memiliki 30 peratus saham dalamnya seperti Giant, Tesco dan Carrefour.

"Lepas itu rangkai kedai 7 Eeleven masuk ke segenap kampung. Di Terengganu kerajaan negeri menubuhkan T Shope.

"Kini mari pula kedai 1Malaysia. Kerajaan sepatutnya menjadi facilitator kepada perucit tetapi sekarang kerajaan menjadi kompetator kepada kami," keluh Che Salmi.

0 ulasan: