Jumaat, 17 Februari 2012

Lepas Isu Israel, Ponggal Jadi Kemelut Terbaru Anwar

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terheret dalam lagi satu kontrovesi apabila blog dan media arus perdana menyiarkan gambar beliau dicalit dengan kum-kum ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil baru-baru ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menuduh Utusan Malaysia sebagai cuba mempolitikkan kehadiran Anwar di sambutan perayaan Ponggal di Batu Gajah, Perak akhir bulan lalu.
Utusan Malaysia dan beberapa blog menyiarkan gambar Anwar berpakaian tradisi masyarakat India termasuk serban serta dicalit dengan kum-kum yang lazim diamalkan di majlis sembahyang agama Hindu.
Saifuddin tidak mahu mengulas mengenai calitan kum-kum pada dahi Anwar namun berkata adalah penting untuk memastikan sama ada Ponggal adalah sebuah majlis agama atau cuma sebahagian kebudayaan kaum itu.
" Thaipusam ini kita tahu ia sebuah perayaan agama tetapi Ponggal ini, ia perayaan agama atau satu acara budaya?," ujarnya kepada AntaraPos.com.
Ponggal adalah amalan tradisi kaum India bagi meraikan hari menuai padi yang diadakan mengikut kalendar Hindu.
Ia diraikan dengan majis sembahyang di kuil dan masakan istimewa ditanak sebagai tanda terima kasih kepada Dewa Matahari.
Saifuddin berkata beliau “takut” hendak komen mengenai isu ini sebab saya tak tahu (mengenai Pesta Ponggal).”
Beliau menuduh Utusan sebagai sengaja menimbulkan isu itu dan membelakangkan teguran Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria mempersoalkan kehadiran Datuk Seri Najib Razak di sambutan Hari Thaipusam minggu lalu.
Bagaimanapun semalam, Harussani menjelaskan Najib tidak melanggar sebarang hukum syarak kerana kehadirannya di Batu Caves adalah sebagai seorang pemimpin negara dan bukan untuk merayakan Thaipusam.
" Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa,"ujarnya dipetik Bernama.
Dalam pada itu, usaha AntaraPos.com menghubungi Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty gagal apabila talian telefon tidak berjawab.
Kemelut terbaru Anwar menyusul selepas tindakannya mempertahankan kenyataan mengiktiraf kerajaan Israel jika kepentingan rakyat Palestin dibela.
Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti itu Datuk Seri Hadi Awang menolak pendirian Anwar itu dan menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel.

0 ulasan: