MALAYSIA KINI
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bahawa pihaknya memberikan peruntukan lebih RM3 juta daripada yang dipohon sebuah yayasan.
Ketua pegawai esksekutifnya Dr Muhammad Yamin Ismail berkata, setelah menerima permohonan RM8.81 juta daripada Yayasan Taqwa pada tahun lalu, RM4 juta diluluskan.
Tambahnya, ketua-dua pembayaran akan dibuat secara berperingkat pada Jun (RM3 juta) dan November tahun lalu (RM1 juta).
"Oleh yang demikian, dakwaan MAIWP telah meluluskan peruntukan melebihi daripada permohonan yang dibuat tidak pernah berlaku dan menggambarkan sikap Nasrudin yang suka membuat tuduhan melulu tanpa pemerhatian yang mendalam," katanya.
Nasrudin semalam dilaporkan mendakwa Yayasan Taqwa menerima wang zakat RM4 juta dari MAIWP tahun lalu walaupun hanya meminta RM1 juta.
Sambil meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Nasrudin mendakwa Yayasan Taqwa memohon RM1 juta pada November lalu tetapi RM4 juta diluluskan.
Ketua dewan itu juga dilaporkan berkata jumlah itu meragukan.
Sementara itu, Yayasan Taqwa pula dalam kenyataannya lewat petang ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Nasrudin yang disifatkan liar, tidak berasas dan bermotif jahat untuk menghilangkan keyakinan terhadapnya kredibilitinya dan MAIWP.
"Sekali lagi pihak Yayasan Taqwa ingin menyeru dan amat berharap agar pihak yang suka membuat tohmahan/dakwaan yang tak berasas ini membuat satu kaji selidik yang lebih mendalam dan mendapatkan sumber-sumber maklumat yang sah sebelum membuat apa-apa kenyataan umum," kata pengurus besarnya Ahmad Ayob Ibrahim.

0 ulasan:
Catat Ulasan