MALAYSIA KINI
Sabah, yang mengalami perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 1963, bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Waktu itu (1963) mungkin lebih 70 peratus rakyat Sabah boleh dikatakan miskin, daif dan papa kedana. Namun selepas sekian lama, Sabah tidak lagi merupakan negeri yang miskin.
"Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin," katanya ketika berucap di majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari Lahad Datu hari ini.
Najib berkata ini adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.
"Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau sahaja).
"Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000," katanya.
Najib berkata walaupun masih ada yang miskin, kejayaan kerajaan BN dalam menangani masalah kemiskinan di Sabah adalah hebat dan besar.
"Cuba tengok Kampung Nala ini, nilai setiap rumah yang disediakan lebih RM42,000 dan ini tidak termasuk nilai tanah, elektrik dan air yang menjangkau lebih RM60,000 dan semua ini kita berikan secara percuma kepada mereka yang terlibat.
"Mereka tidak membayar satu sen pun. Mana ada kerajaan di dunia yang ada program seperti ini?" katanya.
Perdana menteri berkata program itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
"Dalam konteks ini, Felda memberi sumbangan RM22 juta untuk menjayakan projek Mesej di Nala dan tiap-tiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta kepada kerajaan negeri untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah," katanya.
Najib berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga melaksanakan pelbagai program pembangunan di seluruh negeri Sabah.
"Bagi tahun ini sahaja, 15,455 rumah (di bawah program bantuan rumah), lebih 68,000 rumah dapat bekalan air luar bandar dan 458 kilometer jalan akan dibina di seluruh Sabah.
"Ini ditambah lagi dengan pelbagai projek pembangunan kerajaan negeri termasuk 50 projek Mesej di seluruh negeri yang pasti akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.
Najib mengajak rakyat Sabah supaya terus memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum akan datang demi kesinambungan pembangunan untuk faedah mereka. Bernama

14 ulasan:
Kita boleh melihat Sabah sememangnya berubah berbanding dengan dulu. Pembangunan tidak boleh dilakukan dalam satu hari sahaja, ia memerlukan masa.
Harap kerajaan kita akan teruskan mengambil inisiatif untuk membangunakan negeri kita dengan pesat.
menghapuskan kemiskinan di negeri ini bukanlah tugas yang mudah. di negeri2 maju seperti selangor dan pulau pinang juga masih terhadap penduduk miskin tegar..
yang penting sekali rakyat perlulah bijak mengambil peluang disebalik apa sahaja usaha2 kerajaan. saya yakin dengan usaha berterusan dipihak kerajaan ini, Sabah akan mampu keluar dari status negeri termiskin untuk menjadi negeri terkaya dan maju..
Sabah kini dah makin membangun dan maju, Sabah bukan lagi negeri termiskin. ini satu pencapaian yang baik.
Itu sudah semestinya.Jika pelbagai pembangunan dilakukan maka tidak mustahil Sabah akan keluar dari kelompok kemiskinan.
Tambahan lagi Sabah dibanjir dengan projek yang besar seperti SOGT Kimanis dan yang terbaru adalah SAMUR di Sipitang. Maka ini akan menarik pelabur untuk datang dan juga memberikan pelbagai peluang pekerjaan keapda penduduk Sabah sendiri.
kewujudan pelbagai program pembasmian kemiskinan, program pembangunan oleh kerajaan dan projek2 dari Petronas sudah semestinya telah mengubah Sabah menjadi lebih maju berbanding tahun2 sebelumnya. kalau PATI2 pun sudah disingkirkan dari Sabah, pasti keadaan akan lagi bertambah baik.
memang Sabah tidak layak lagi dengan gelaran 'negeri termiskin di Malaysia'. harap2 keadaan negeri Sabah akan bertambah baik lagi pada tahun ini dan tahun2 yang seterusnya.
Sabah harus berterusan dalam pembangunan dan kemajuan. Kewujudan peluang2 pekerjaan membolehkan rakyat Sabah mengubah sosio ekonomi sendiri.
This is definitely a good news. Sabah has come a long way.
Not only that, hopefully there will be more development programs that give special emphasis on rural development.
Semoga dapat melihat Sabah akan lebih maju dan membangun pada masa akan datang.
Walaupun bukan lagi negeri yang termiskin, namun masih ada rakyat Sabah yang tergolong dalam kelompok miskin tegar. Dengan perancangan dan pelaksanaan yang sistematik untuk membasmi kemiskinan, ia mampu membawa perubahan kepada golongan ini.
Catat Ulasan