Rabu, 15 Februari 2012

NFC : Dr Mahathir Nasihatkan Shahrizat Jangan Sayang Jawatan


ANTARA POS.COM


SERDANG : Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar "jangan sayang kepada jawatan".

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas krisis yang melanda syarikat milik keluarganya itu untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Dr Mahathir berkata, Shahrizat perlu mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan Barisan Nasional (BN).
"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.
"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya lagi, kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.
"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya.

Khamis lalu, Sharizat disoal siasat oleh SPRM selama dua jam.

Menteri itu berkata beliau berterima kaseh di atas siasatan itu yang memberikannya peluang untuk membersihkan namanya.
Soal siasat itu diadakan selang beberapa jam pembangkang membuat dakwaan baru bersabit isu itu.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mendakwa keluarga Sharizat membeli dua lagi kondominium mewah bernilai RM35 juta di Singapura.

Pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

Rafizi mendakwa sebahagian simpanan itu adalah dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC.

Rafizi dan Zuraida disaman oleh Sharizat bersabit dakwaan-dakwaan yang dibuat mengenai NFC sejak akhir tahun lalu.
Menteri itu menegaskan beliau tidak ada kena-mengenai dengan projek NFC yang diuruskan oleh suaminya dan tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan, mahupun sebagai Ketua Wanita Umno

0 ulasan: