
SESAK....Ketiadaan tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak QEH menyebabkan pemilik kereta meletakkan kereta mereka sesuka hati.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto: TAUFICK RUSCHI
KEGAGALAN pihak Hospital Quen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu menyediakan tempat letak kereta telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengunjung kerana terlalu sukar untuk mendapatkan parking di kawasan persekitaran kawasan hospital berkenaan.
Masalah kekurangan tempat letak kereta sudah berkali-kali disuarakan supaya pihak QEH mahupun Kementerian Kesihatan khususnya pihak kerajaan memandang serius terhadap masalah parking berkenaan yang telah dihadapi oleh orang ramai khususnya pengunjung.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah, Taufick Hj Ruschi menjelaskan kepada Sabahkini.Net berkata perkara parking di HQE bukan perkara baru ia sudah bertahun-tahun lamanya, tetapi pihak kerajaan langsung tidak langsung mempedulikan isu ini.
"Mana sudah Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Jawatankuasa Pelawat QEH, kenapa terus senyap dan terus membisu seribu bahasa? Kenapa mereka tidak mencadangkan kepada pihak kementerian. mahupun pihak QEH agar masalah parking akan dapat diselesaikan secepat mungkin demi keselesaan orang ramai,” tanya Taufick.
Taufick mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa 'cakap tidak serupa bikin', kononnya banyak pembangunan dan kemudahan asas disediakan untuk kepentingan rakyat; tetapi kenapa soal tempat letak kereta di QEH tersebut sudah bertahun-tahun tidak pernah diselesaikan sehingga menimbulkan kemarahan kepada penduduk setempat.
“Nanti kalau pihak pembangkang menghentam kerajaan dan para pemimpin BN/UMNO, apa mereka cakap pembangkang hanya pandai bercakap dan membuat propaganda untuk memutar belitkan fakta bagi meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan sokongan rakyat, tetapi apa yang berlaku sekarang di QEH bukan lagi satu pembohongan kepada rakyat; bahkan ini satu perkara yang nyata dan berasas. Saksikan sendiri dengan mata kepala mengenai senario di QEH,” tegas Taufick lagi.

0 ulasan:
Catat Ulasan