Ahad, 19 Februari 2012

Saya jaga akidah, peranan pemimpin Islam: Najib

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Razak berkata setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.

"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.

Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali.

"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya.- BERNAMA

14 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Mufti Perak sudahpun menjelaskan bahawa perbuatan beliau tidak bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa.

Mohd Ishak berkata...

Tapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri sama ada betul perbuatan Najib. Semoga masalah ini tidak akan dipolitikkan lagi.

Antanum berkata...

Ini pun jadi isu juga...bukannya PM pergi ke situ mengikuti upacara sembayang.

Antanum berkata...

Kalau orang hendak menjatuhkan seseorang itu, hanya negatif yang dilihat, segala kebaikkan yang dilakukan, dilupakan begitu sahaja.

ferlo berkata...

sebagai pemimpin ia perlu jaga akidahnya. ia sebagai contoh kepada rakyat.

rebirth berkata...

Najib sudah buat kenyataan balas bagi menjelaskan tindakan beliau menghadiri upacara keagamaan kaum lain.. bagaimana dengan Anwar?? takkan mahu tunggu pemimpin bawahan beliau menjawab bagi pihak beliau??

rebirth berkata...

kalaulah Najib enggan menghadiri apa sahaja acara kaum lain yang bukan beragama Islam, pasti pembangkang akan mempertikaikan konsep 1Malaysia yang dilaung2kan oleh Najib..

Irish berkata...

Najib hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai PM. penerangan mufti Perak itu juga cukup membuktikan bahawa perbuatnnya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa. sudah2lah tindakan pihak yang cuba menjatuhkan Najib.

Irish berkata...

penjelasan sudah dibuat dan diharap isu ni tidak diperbesarkan lagi. lebih baik kita tumpukan pada isu2 yang menyentuh kepentingan rakyat.

Batresiah berkata...

Semua itu cuma permainan politik pembangkang sebenarnya.

Batresiah berkata...

Sebagai seorang pemimpin rasanya tidak ada salahnya. Itu tanggungjawab beliau untuk mendekati rakyat. Yang penting niat ada baik

Scarlett berkata...

Nah...itulah suka sangat menghakimi ora ng lain sebelum tahu cerita sebenar. Jadi jangan politikkan lagi isu ini.

Scarlett berkata...

PM tidaklah terlalu jahil sehinggakan tidak tahu langsung batas2 dalam agama. Sebagai seorang pemimpin, beliau kena bertinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

TuhauBam berkata...

yang niat tu kena betul