HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Mac 2012

Peneroka bimbang risiko penyenaraian FGVH

Seorang peserta Felda, R Thangam berkata beliau dan anggota keluarganya memiliki sebanyak kira-kira satu juta saham Koperasi Permodalan Felda, termasuk unit saham yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.

Keluarga berkenaan mungkin merupakan pemilik saham terbesar dalam KPF dan mereka mungkin mendapat durian runtuh sekiranya penyenaraian Felda meneruskan dengan cadangan untuk menyenaraikan salah satu anak syarikat – Felda Global Ventures Holdings.

Thangam bagaimanapun tidak menyokong usaha itu kerana beliau tidak mahu "memperjudikannya" di pasaran saham, katanya ketika ditemui Malaysiakini, Rabu.

Beliau dilahirkan di tanah rancangan tersebut 50 tahun lalu dan rumah besarnya di Bandar Sri Sendayan amat jauh berbeza berbanding ketika beliau mula menoreh getah di tanah rancangan yang terletak tidak jauh dari taman perumahan tersebut.

Sekembalinya beliau ke tanah rancangan itu pada usia 29 tahun, selepas 11 tahun berkhidmat sebagai tentera, beliau membuat simpanan melalui saham KPF.

Beliau tidak dapat menerima risiko bahawa sijil saham itu mungkin hanya akan menjadi helaian kertas yang tidak bernilai.

Tiada ulasan: