HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Disember 2012

Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

Staff Berita Semasa
 
Kes Gaduh Sungai petani Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata “mereka”. Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….
  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……
Facebook Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?
“Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya”
Paya Nahu Sungai Petani Kedah Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi “semangatnya” melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan ini bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng ini. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi dan biarkan polis menyelasaikan masalah ini dengan sebaiknya….
“Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______”
Ayahanda Cik Joe Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

Hakikatnya, insiden awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, Ia berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan
Rusuhan Kaum Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan Gangster Melayu VS Samseng India di Sungai Petani, Kedah. Rusuhan Kaum Berlaku?

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk.

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Tiada ulasan: