HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Disember 2012

Siasat aduan bil elektrik naik lepas TNB tukar meter – Nik Nazmi

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, 22 aduan diterima daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.

Katanya, badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan berikutan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan lebih baik dan tepat.

Beliau menyarankan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.

“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen, di sini hari ini.

Tiada ulasan: