HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Januari 2013

Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan'



 
Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan 'Biskut Telinga Cap Adnan' di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan "potong telinga" oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

NONEAktivis Chen Sit Yong, 56, yang membantu mengedarkan biskut berbentuk telinga itu berkata usaha berkenaan bagi membangkitkan kesedaran warga Bentong mengenai kenyataan Adnan berhubung kebimbangan orang ramai ke atas projek Lynas.

"Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, yang memperkecilkan kebimbangan rakyat mengenai Lynas," katanya.

Pengedaran biskut berkenaan diadakan sempena konvoi 200km dari Kuala Lumpur ke Kuantan yang akan berakhir dengan perhimpunan di loji Lynas di Gebeng malam ini.

NONEChen menambah, pengedaran biskut itu juga bagi memastikan Adnan, yang merupakan seorang ADUN dalam kawasan parlimen Bentong, tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu wujudkan kesedaran, supaya orang tempatan di sini akan membantu agar Adnan benar-benar memotong telinganya (dengan menyebabkan ADUN Umno itu tewas dalam pilihan raya)," kata Chen.

Adnan pada awal bulan ini bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

NONEBeliau mengulas kenyataannya sebelum itu berhubung keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Tiada ulasan: