HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Januari 2013

Mantap serah memo pada Mufti Johor 4 Januari

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR  : Susulan pendedahan mayat ditanam 15 inci oleh kontraktor pemindahan di Pengerang, Mantap bersama delegasi penduduk akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor pada 4 Januari ini.

“Saya akan mengiringi delegasi penduduk Pengerang dan NGO menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kita yakin waris tidak setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlakukan demikian.

“Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris-waris semua tanah perkuburan Islam di kampung yang terlibat,” kata Mazlan dalam kenyataannya.

Mayat yang dilonggok dibawah pokok

Paling mendukacitakan apabila pemantau NGO Pengerang melihat mayat dibungkus, dilonggok dibawah pokok dan dihempap dengan cangkul diatas kenderaan.

“Rakyat boleh nilai sendiri. Maca mana akhlak kerajaan Johor mengurus mayat-mayat tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?

Mayat diletakkan dalam kenderaan dan ditindih dengan cangkul

“Mana etika dan syariat yang dijamin oleh kerajaan Johor?, soal Mazlan.

Kerja mengorek kubur dan memindah mayat kini berlaku di tanah perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.

11 tanah perkuburan akan dipindahkan akibat projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Sebelum ini, dua himpunan membantah pengambilan tanah Pengerang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 5 Mei dan 30 September 2012 di Sungai Rengit.

Pengambilan tanah seluas 22,500 ekar di Pengerang mengakibatkan 25,000 orang.dipindahkan dari sejumlah 927 keluarga.

Tiada ulasan: