HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Januari 2013

Sedia Dailog Dengan JAKIM, Tolak 'Rakaman' RTM

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/TG%20Air%20Putih.jpgKEMAMAN - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu, sepertimana beliau pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) rakaman perlu dibuat dengan JAKIM.

“Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan JAKIM kena buat rakaman. Macam dengan IKIM, saya pernah pergi. Saya boleh pergi JAKIM tetapi dengan buat rakaman..rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju (pergi) tapi dengan rakaman,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini.

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara ‘life’ di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu ‘Amanat’ tersebut.

Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu Amanat ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.

Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.

“Saya sudah beritahu saluran RTM iatu TV1 dan TV3. Rasmilah tu…dan terpulang kepada dia (kementerian) untuk tentu, tapi secara ‘life’ (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh…dia (kerajaan) mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran,” jelasnya.

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini

Tiada ulasan: