HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Februari 2013

Lebih 290,000 bekas askar tiada pencen, ‘berumah’ di kebun pisang

Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Kebanyakan bekas tentera hidup menderita biarpun banyak menabur jasa kepada tanah air, hinggakan sebahagian mereka merempat termasuk mendiami rumah kongsi di kebun pisang manakala lebih 290,000 orang pula tidak menerima pencen.

Pengerusi Kerabat Melaka, Kolonel (B) Hashim, berkata lebih 290,000 bekas tentera tidak menerima pencen di seluruh negara, menyebabkan mereka hidup melarat tanpa pembelaan.

“Lebih 50 tahun Umno BN memerintah, tiada inisiatif membanggakan kepada bekas perajurit terutama bagi 290,000 bekas tentera yang tidak berpencen.

“Apa yang Umno BN buat berpuluh-puluh tahun? Bekas perajurit tiada pembelaan, nasib mereka terumbang-ambing. Jadi, buat apa sokong mereka. Baik sokong Pakatan yang membela kita,” katanya.

kerabat au2

Malah, Pengerusi Kerabat Kelantan, Mejar (B) Yusof, berkata ada bekas tentera yang hidup merempat, tidak sepadan dengan status sebagai pejuang negara yang digembar-gembur di media massa.

“Bila bersara, siapa pun tidak peduli. Saya pernah bertemu beberapa pesara, tinggal dalam ‘kongsi’ kebun pisang. Menitis air mata melihat keperitan hidup mereka.

“Anak, cucu, menantu, semua tinggal dalam kebun. Beginikah nasib tentera? Adakah ini yang kita mahu?” katanya.

Mereka berucap demikian pada Himpunan Agung Kerabat (HAK) di Padang Awam, AU2 Keramat semalam yang dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk bekas tentera dari seluruh negara.

Pengerusi Kerabat Perak, Zulkifli Ali, pula berkata penderitaan, kekecewaan dan masalah kebajikan tentera mendorong ramai bekas tentera termasuk pimpinan tertinggi, menyertai Pakatan Rakyat.

“Kira-kira 80 peratus bekas tentera di Perak menyokong Pakatan. Inilah masa paling sesuai bagi bekas tentera yang diabai untuk sama-sama berjuang menjatuhkan Umno BN,” katanya.

Turut berucap Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Leftenan Muda Sim Tze Zin dan Timbalan Presiden PAS dan juga Penaung KERABAT, Mohamad Sabu.

*** Gambar ihsan Harakah Daily – Editor

Tiada ulasan: