HALAMAN SANTAI

Isnin, 11 Mac 2013

Pengakuan bapa Saiful Bukhari dan konspirasi Najib

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno-BN ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.

Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.

Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.

Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri, Khairil Anas Jusoh bagi tujuan tersebut.

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri," katanya lagi.

Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu antaranya Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya..

Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.

Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

Sambil menyatakan beliau tidak mahu  bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam.

Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
Ditanya mengenai kebersamaan beliau dengan Saiful semasa perbicaraan, Azlan hanya menyatakan ia sebagai hubungan anak dan bapa yang mana beliau memberi sokongan moral kepada anaknya.

Namun kata Azlan, setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, beliau mula menemui kebenaran.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Mengikut fakta kes, dari awal lagi pihak pendakwa tidak mampu menghadirkan 'prima facie' dalam meneruskan pertuduhan termasukkan dalam kesamaran pembuktian DNA, kegagalan pembuktian kehadiran Saiful ke kondominum dan laporan perubatan Saiful yang sangat bertentangan.

Namun, mahkamah meneruskan pertuduhan ke atas Anwar, sementara media meneruskan laporan yang sangat negatif dalam perbicaraan kes tersebut.

Fakta tersasar

Dari awal perbicaraan lagi, terdapat terlalu banyak keraguan yang timbul pertamanya tentang pengadu dalam laporan pengakuannya kepada pihak polis dan juga keterangan laporan kesihatan membabitkan Pusat Rawatan Islam dan Hospital Kuala Lumpur.

Paling sukar untuk diterima adalah persoalan keterangan pakar DNA bagi pasukan pendakwaan iaitu, Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Empat perkara pokok yang dalam menyatakan bahawa perbicaraan kes Anwar adalah suatu konspirasi.

Pertamanya, Saiful tidak pernah ada di dalam kondo dimana  kononnya berlaku kejadian itu. Sepanjang perbicaraan, tidak ada satu bukti pun yang dikemukakan yang  menunjukkan bahawa Saiful pernah berada di dalam kondo pada masa yang dituduh berlaku kejadian.

Keduanya, semua bukti perubatan menunjukkan tidak ada tanda-tanda fizikal mahupun emosional bahawa Saiful menjadi sodomi. Tidak ada sebarang kecederaan di bahagian dubur dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan.

Seterusnya, tidak ada air mani dan pendakwa gagal menunjukkan bukti bahawa ujian makmal dan perubatan telah diadakan  untuk membuktikan kehadiran air mani.

Air mani hanyalah disebut oleh pihak pendakwa dan diulang, sedangkan sepanjang perbicaraan kes oleh pendakwa, langsung tidak dibuktikan bahawa air mani wujud.

Bukti perubatan juga menunjukkan bahawa tempoh masa keseluruhan sampel diambil dan dibawa ke makmal (99 jam) adalah bukti paling kuat bahawa mustahil ada sampel air mani yang boleh kekal dalam tempoh tersebut.

Keempatnya, berdasarkan keterangan, mustahil ada sampel yang boleh digunapakai bagi tujuan ujian makmal yang kononnya menunjukkan kehadiran DNA. 

Bahan bukti yang mengandungi sampel dari Saiful telah bertukar tangan dan dimanipulasi. Seluruh prosedur mengendalikan sampel dari Saiful ini telah melanggar bukan sahaja peraturan makmal dan perubatan, malah Perintah Tetap Ketua Polis Negara yang perlu dipatuhi pegawai polis. 

Maka keseluruhan kes ini hanyalah ulangan kepada konspirasi yang melibatkan pimpinan tertinggi Barisan Nasional, tidak ubah seperti konspirasi tahun 1998 dahulu. 

Faktanya, Saiful berjumpa dengan Najib dan Rosmah dua hari sebelum tarikh kononnya berlaku kejadian tersebut.

Selepas itu Saiful turut berjumpa  SAC  Rodwan, pegawai polis yang turut terlibat dengan konspirasi 1998 dan seterusnya sehari sebelum membuat laporan, berjumpa dengan Ezam Mohd Nor.

Kesemuanya menunjukkan bagaimana DNA DSAI telah diambil dan ditanam dengan sampel yang diambil dari Saiful, bila mana botol spesimen yang mengandungi sampel Saiful disimpan di dalam almari pegawai penyiasat, DSP  Judy Pereira selama dua hari.

Tindakan yang melanggar kesemua peraturan ini secara jelas menunjukkan ada campur tangan politik kerana pegawai-pegawai ini berani melanggar peraturan semata-mata untuk mencipta bukti untuk dibawa ke mahkamah.

Perkara ini seiras dengan konspirasi 1998, cuma pelakon utamanya adalah berlainan.

Tiada ulasan: