HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Oktober 2013

Kesian Ali Rustam, Umno Melaka pun tak sokong

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Nasib malang yang menimpa Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berterusan. Beliau bukan sahaja gagal dalam usaha menjadi Naib Presiden Umno, malah jumlah undi yang diterimanya menggambarkan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Umno. Mohd Ali kalah dalam PRU13 kepada Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin di kawasan Parlimen Bukit Katil.

Itulah yang dititipkan oleh Shahbudin Husin dalam blognya. Bukan itu sahaja, Ali hanya mendapat 1 undi sahaja dari Melaka, negeri yang pernah di terajuinya selama 13 tahun.

“Namun kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden UMNO baru-baru ini dengan hanya mengutip 7 undi, barangkali merupakan petunjuk yang jelas kepadanya bahawa memilih jalan persaraan adalah pilihan yang terbaik selepas ini,” tulis Shahbudin.

Malah Shahbudin menyifatkan nasib Ali hampir sama dengan Tun Mahathir selepas melepaskan jawatan perdana menteri suatu ketika dahulu.

Tiada ulasan: