HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 September 2016

Angin kencang punca pesawat MAS KL-Kuantan patah balik

 
Pesawat MH 1286 tidak dapat mendarat atas masalah angin kencang menyebabkan juruterbang memutuskan tidak mendarat sebaliknya pesawat berpatah balik ke KLIA.


malaysia-airlines-delay-storm-1


PETALING JAYA: MAS mengesahkan kelewatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan semalam berpunca daripada cuaca buruk yang menyukarkan pesawat mendarat.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata pesawat berkenaan tidak dapat mendarat kerana angin kencang menyebabkan juruterbang memutuskan tidak mendarat sebaliknya pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Penerbangan MH 1286 terpaksa berpatah balik ke KLIA namun pesawat berlepas semula ke Kuantan pada 1.40 pagi dan tiba di Kuantan pada 2.30 pagi.

“Keselamatan penumpang keutamaan kami,” kata MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada jam 11 malam.

Seorang penumpang Yusri Najmi Yusof yang menghubungi bapanya menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu penumpang menjerit ketakutan berada dalam situasi berkenaan.

Katanya, 2 penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan dan keluar dari pesawat setibanya di KLIA.

Selepas percubaan kali kedua, pesawat selamat mendarat, 3 jam lewat daripada masa ketibaan yang dijadualkan.

Penerbangan dari Kuala Lumpur itu bertolak pada jam 10.05 malam sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit untuk tiba di Kuantan.

Tiada ulasan: