A Kadir Jasin
MUTAKHIR, 19 September
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini waktu Malaysia.
Allahyarham dilaporkan telah membuat amanat supaya dikebumikan di AS sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.
Amanat terakhir arwah itu disampaikan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.
POSTING ASAL
DULI Yang Maha Mulia Sari Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang semalam menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Anak Bukit, Alor Star.
Majlis itu diadakan bagi
membolehkan Dr Mahathir mempersembahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Ke
Bawah Duli. Pertemuan itu berlangsung lebih sejam.
Deklarasi Rakyat yang
dilancarkan 4 Mac lalu telah menerima lebih 1.4 juta tanda tangan.
Ia antara lain mendesak
pengunduran Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak dan mereformasikan
sistem politik serta institusi negara.
Gerakan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia juga sedang mencuba menghadapkan petisyen yang sama kepada semua Raja-Raja.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan