HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 September 2016

Husam isytihar bangunan kontroversi 'Wisma Tok Guru'

ROJIE SEMAIL
 
 
Kini bangunan ini diisytiharkan Wisma Tok GuruKini bangunan ini diisytiharkan Wisma Tok Guru


Wisma Tok Guru merupakan nama yang dirasmikan menggantikan nama pejabat Dun salor, dan kini menjadi pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah).

Husam tandatangan plak perasmian Wisma Tok Guru. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Husam tandatangan plak perasmian Wisma Tok Guru. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.
Wisma Tok Guru merupakan nama yang dirasmikan menggantikan nama pejabat Dun salor, dan kini menjadi pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah).

Adun Tunggal Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, nama ini diperolehi untuk memeringati Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menunjuk jalan kepada rakyat Kelantan tentang aplikasi amalan Islam yang sebenar di zaman sekarang.

"Bagaimanapun nama ini juga kita akan gunakan untuk mengingati jasa dan sumbangan tok-tok guru yang begitu banyak memberi sumbangan kepada Islam dan masyarakat di sekitar dun salor ini," kata beliau di hadapan lautan hadirin di majlis sambutan yang diadakan khusus sempena beliau menyertai Amanah malam tadi..

Menurut Dato Husam, antara tok guru yang dikenali di sekitar Dun salor seperti tok guru leh muda dimana sezaman dengan tok kenali.

"Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pusaka.
Orang ramai bersesak sesak mendengar pengumuman sertai Amanah bersama Datuk Husam. Foto Malaysia Datelin.e oleh Wan Zahari SallehOrang ramai bersesak sesak mendengar pengumuman sertai Amanah bersama Datuk Husam. Foto Malaysia Datelin.e oleh Wan Zahari Salleh
"Hal ini terbukti pada ketika dahulu, beliau telah dibawa untuk menyelesailkan masalah pembahagian harta pusaka sekumpulan pedagang Arab di Singapura," katanya.

Selain itu, Wisma Tok guru turut akan menjadi sebagai Pusat Perkhidmatan Rakyat (PPR) kepada rakyat Kelantan dengan mengambil kebajikan rakyat, isu-isu semasa sebagai urusan asas.

"Operasi PPR ini akan bermula pada awal bulan hadapan.

"Tambahan, untuk memudahkan segala urusan maka diwujudkan “Online Survey” untuk rakyat di Kelantan mahupun rakyat Kelantan di luar," katanya.

Pusat itu katanya akan memberi khidmat mendengar keluhan rakyat Kelantan, meninjau permasalahan, berkongsi penderitaan, mencari penyelesaian dan membawa harapan kepada rakyat.

"Semua ini bertujuan membantu rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.

Dengan tertubuhnya PPR itu menurut beliau dapat membuktikan bahawa konsep Kerajaan tanpa kerajaan yang ingin dilakukan oleh Amanah dapat memberi manfaat kepada rakyat serta menunjukkan kesediaan untuk mentadbir kelak.

Tiada ulasan: