HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 September 2016

Najib, Zahid sedih atas pemergian Datuk Haron Din

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sebagai kehilangan besar kepada negara.
 
Perdana Menteri berkata, Allahyarham merupakan seorang tokoh ulama Islam yang banyak berjasa dan amat beliau hormati.
 
“Secara peribadi, saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat dan disayangi,” katanya dalam catatan melalui laman Facebook beliau hari ini.
 
Kesedihan Najib turut dirasai timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
 
“Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh. Al-Fatihah,” katanya melalui Twitter beliau hari ini.
 
Allahyarham Haron Din meninggal dunia tepat jam 10.10 pagi tadi di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat, akibat komplikasi jantung.
 
Anak kepada Allahyarham memberitahu bapanya sejak daripada semalam terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas koma dan mengalami pendarahan teruk.
 
Allahyarham sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. 
 
Pada Mac lalu, beliau menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.
 
Pemergiannya tentunya suatu kehilangan besar buat PAS.
 
Beliau adalah pemimpin paling kanan yang dihormati PAS dan Umno selepas bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.   


Tiada ulasan: