HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 September 2016

Tun Mahathir serah Deklarasi Rakyat kepada YDPA

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahtahir Mohamad menyampaikan Deklarasi Rakyat yang ditajanya bersama pembangkang kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam.
 
Perkata itu disahkan oleh pembantu khas Dr Mahathir, Sufi Yusof.
 
Beliau berkata Sultan Abdul Halim berkenan menerima dokumen itu di Istana Anak Bukit di Alor Setar.
 
Sufi bagaiamanapun enggan mengulas intipati perbincangan antara pihak istana dan Dr Mahathir.
 
Mei lalu Dr Mahathir mengumumkan Deklarasi Rakyat itu mencecah sasaran mengumpul satu juta tandatangan daripada orang ramai.
 
Deklarasi itu digubal sebagai sebahagian daripada agenda beliau bersama pemimpin PKR, DAP dan aktivis pro pembangkang yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.
  
Antara lain dokumen itu menggesa pemansuhan undang-undang yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan Deklarasi Rakyat itu sebagai cubaan terbaru pembangkang untuk meraih sokongan diluar proses Pilihan Raya Umum (PRU).
 
 

Tiada ulasan: