Koh Jun Lin
Apabila anggota-anggota Parlimen Pakatan Harapan bertindak keluar
Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang
membentangkan Bajet 2017, mereka dituduh membelakangkan kebajikan
rakyat.
Para anggota Parlimen pembangkang, kata Najib, memalukan diri mereka
sendiri sementara beberapa menteri menuduh perbuatan tersebut sebagai
tidak matang, kebudak-budakan atau kurang ajar.
Walaupun ianya mungkin benar, analisis Malaysiakini mengenai
ucapan belanjawan Najib sejak pembentangan Bajet 2010 menunjukkan
terdapat asas-asas diatas yang menyokong dakwaan anggota Parlimen
pembangkang Liew Chin Tong yang mengatakan Najib 'menyerang' pembangkang
sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi.
Ucapan belanjawan Najib telah menjadi lebih daripada sekadar
kenyataan dasar kerajaan dan digunakan sebagau peluang untuk beliau
menjana keuntungan politik berbanding lawan politiknya.
Apabila Najib membentangkan ucapan belanjawan pertamanya pada Oktober
2009 bagi Bajet 2010, beliau tidak menyebut BN mahupun pembangkang sama
sekali.
Hal seperti itu berlanjutan sehingga pembentangan Bajet 2012, namun
begitu, beliau pernah menyebut pembangkang sekali apabila menawarkan
kenaikan gaji ahli Parlimen. Ia dengan syarat kedua-dua pihak kerajaan
dan pembangkang bersetuju dengannya.
Semasa Bajet 2013, ia telah secara jelas menunjukkan belanjawan
pilihan raya dan Najib mula menonjolkan perikatan BN yang diterajui
beliau.
Menyebut 'Barisan Nasional', terutamanya dalam konteks 'kerajaan BN'
dan bukan semata-mata 'kerajaan' secara melampau-lampau sambil menyerang
pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan