Zikri Kamarulzaman
Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet alternatif yang
mengenengahkan antaranya potongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri
(JPM), menangani rasuah, mengurangkan pergantungan kepada cukai barangan
dan perkhidmatan serta peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
Bajet yang kali pertama disediakan oleh Pakatan Harapan itu diumumkan
dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan
membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat ini.
Bajet alternatif oleh PKR, DAP dan AMANAH itu mencadangkan
pengurangan sebanyak RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana
Menteri dari RM20.31 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.
Sementara itu, pakatan itu turut mencadangkan kewujudan Akta Peluang
Pekerjaan Saksama yang akan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk
menghukum sebarang perbuatan diskriminasi di tempat kerja berdasarkan
bangsa, agama atau jantina.
Gaji minimum juga meningkat kepada RM1,500, satu langkah yang menelan belanja sehingga RM4.98 bilion.
Kerajaan juga, cadang Pakatan Harapan, harus membahagikan kos ini
sama rata dengan sektor swasta menerusi pemberian separuh subsidi
daripada kenaikan.
Pada masa yang sama, pakatan itu turut mencadangkan penambah baikan GST 'berkadar sifar'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan