HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Oktober 2016

Bayaran BR1M 2017 Naik RM100 Lagi Dalam Pembentangan Bajet 2017? Respon?

BERITA HARIAN - SEMASA

BAyaran BR1M 2017 Naik RM100 Lagi Dalam Pembentangan Bajet 2017? Respon?

Walaupun berdepan banyak kritikan dan kecaman yang mengatakan lebih baik sahaja bayaran BRIM ini dihentikan sahaja, hakikatnya pembayaran BR1M dijangka akan terus meningkat.

br1m 2017

Berdasarkan dapatan daripada RHB Research, pembentangan Bajet 2017 Malaysia kali ini dijangka Datuk Seri Najib Razak akan umumkan kenaikan bayaran BRIM 2017 daripada hanya maksimum RM1000 akan naik kepada RM1,100.

Ini bermakna pada siri BR1M 2016 kerajaan telah berbelanja sejumlah RM5.89 bilion, RHB Reserach jangkakan yang aman peruntukan akan terus bertmbah kepada RM6.6 bilion untuk BR1M 2017.
Butiran dan pecahan boleh anda semak seperti di bawah ini :

Kenaikan Bayaran BR1M 2017, Berita Baik untuk anda?

PerkaraKadar 2016Kadar 2017
Isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3000RM1000RM1100
Gaji dan pendapatan isi rumah RM3000-RM4000RM800900
Individu dengan pendapatan di bawah RM2000RM400RM500

Semestinya, apa yang naik pasti ada yang dipotong, dikurangkan ataupun ditangguhkan. Berdasarkan dapatan RHB Research juga apabila melihatkan pendapatan kerajaan Malaysia yang tidak menentu sekarang berdasarkan dek kerana :
  • ketidaktentuan harga minyak dunia
  • ketidakstabilan harga getah dunia
  • kemelesetan ekonomi dunia
  • nilai ringgit Malaysia yang sangat terdedah kepada harag minyak dunia yang tidak stabil serta berita pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve
Oleh itu, RHB Research menjangkan pengumuman potongan cukai pendapatan dan cukai korporat akan ditangguhkan untuk siri pengumuman dan pembentangan Bajet 2017 Malaysia kali ini. Ermmmm….

Tiada ulasan: