HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Oktober 2016

Berkhatan secara percuma untuk anak yatim, asnaf

MALAYSIA GAZETTE




Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) sedang mencari seramai 300 anak-anak yatim dan asnaf berumur 6 hingga 13 tahun untuk dikhatankan secara percuma.

Mereka akan dikhatankan dalam majlis Sunathon Perdana yang bakal diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 26 November ini.

Biro Media Perdim, Dr. Norzaidi Zakaria berkata, program itu adalah kali kedua dianjurkan selepas tahun lalu dengan seramai 300 orang kanak-kanak dikhatankan secara percuma dengan sumbangan orang ramai.

Pada tahun ini Sunathon Perdana 2016 dianjurkan bersama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam acara itu, seramai 1300 budak dijangka dikhatankan oleh 65 orang doktor.

Sempena acara itu, Perdim turut membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim yang akan terlibat dalam Sunathon Perdana.

Sebarang maklumat lanjut sila hubung Dr. Abdol Rashid di talian 012-2192959, Dr. Jora 016-412 4660, Husna 012- 971 4623 atau Julia 019-6101063 dengan menghantar mesej atau Whatsapp, Telegram atau SMS. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: