HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Oktober 2016

Bila PAS memulakan, yang lain tumpang tui.

Oleh shahil

" 

Kabarnya kemungkinan kerajaan sendiri akan membentangkan pindaan untuk memeprkasakan kuasa mahkamah syariah. Dan kabarnya PAN juga akan membentangkan pindaan versi mereka sendiri. Bila PAS memulakan, mereka tumpang tui.

Dalam laman tranungkite ada tulisan yang mengatakan bahawa RRU PAN mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai ketua hakim Mahkamah Syariah dari setiap negeri, profesioanl dan agamawan serta pihak berkuasa berwajib.

Kenapa PAN begitu retorik? Kenapa mahu menyusahkan perkara yang jelas mudah? PAS mahu kuasa mahkamah ditingkatkan sahaja, dari  penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau rotan tidak lebih enam sebatan atau gabungan hukuman itu kepada penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda RM10,000.00 atau sebat dua belas kali atau gabungannya, atau seumpamanya, yang setaraf dengan mahkamah persekutuan. Kalau hakim mahakmah rendah boleh menghukum sehingga RM10,000 atau dua belas sebatan, berilah kuasa kepada hakim syari'e had kuasa tersebut.

Pemimpin PAN ini cerdik atau tidak? Atau terlebih cerdik? 

Yang jelas PAN cuma nak tumpang tui sahaja. Tak ada idea hal Islam, tokok tambah ajalah atau copy phaste apa yang PAS buat dengan tokok tambah sahaja.

Penulis dah lama berpendapat PAN ini tak ada menafaa keujudannya. Keujudannya sahaja dari sudut hukum dah tak sah, sebab PAN mengaku parti Islam sedangkan haram ujud jamaah Islam kedua setelah ujud jamaah pertama. Tumpang tui atas nama jamaah Islam, itu sahaja. 


Tiada ulasan: