HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Oktober 2016

Gadis viral 'nasi lemak anak dara' terima ijazah

Gadis viral 'nasi lemak anak dara' terima ijazah
Siti Hajjar (kanan) bersama ibunya setelah menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di UTHM, semalam‎.


BATU PAHAT - Gadis yang menjadi viral dan mendapat perhatian ramai setelah kisahnya menjalankan perniagaan nasi lemak, Siti Hajjar Ahmad, 24, menerima segulung Ijazah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), petang semalam.

Graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik itu merupakan antara penerima ijazah dalam penggal kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 yang disampaikan Pro Canselor UTHM, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.


 
[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Azmin lawat gadis jual nasi lemak anak dara]

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu berkata, dia sememangnya gembira apabila usahanya selama ini berakhir dengan genggaman segulung ijazah yang diidamkannya selama ini.


“Saya dan ibu bersyukur dengan segala yang dilalui sehingga kini… sebaik menerima ijazah ini saya akan memfokus dalam perniagaan nasi lemak ini dahulu sebelum mencari pekerjaan tetap dalam bidang yang saya pelajari.



“Dijangkakan ianya pada tahun hadapan tetapi tahun ini saya akan kukuhnya perniagaan saya dahulu yang semakin popular, dengan gelaran yang diberikan ‘nasi lemak anak dara’,” katanya ketika ditemui yang ditemani ibunya, Asmah Senapi, 50.

Tiada ulasan: