HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Oktober 2016

Harapan mengatasi segala ketakutan, tegas Anis Syafiqah

 ARIF ATAN
Anis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos laluAnis Syafiqah (depan) dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negera, 27 Ogos lalu

Selepas sebulan lebih berlalunya himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1), seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) menerima surat tunjuk sebab daripada pihak pentadbiran.

Anis Syafiqah Md Yusof diminta menjelaskan penyertaannya dalam himpunan yang berlangsung di ibu negara itu dalam tempoh tujuh hari bermula daripada surat tersebut dikeluarkan pada 12 Oktober lalu.

Bersama catatan, "Akhirnya. Surat cinta UM. I love UM", penuntut di Fakulti Bahasa dan Linguistik berkenaan kemudiannya memuat naik surat ditandatangani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu di Facebook malam tadi.

"Saya hanya pelajar biasa yang dikelilingi oleh orang yang luar biasa.

"Alhamdulillah. Sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang sedar adalah sebuah harapan yang mengatasi segala ketakutan," tulisnya lagi.

Menurut Anis, kedua-dua ibu bapanya adalah antara insan terawal yang mendidik beliau bahawa nikmat hidup yang Tuhan pinjamkan di dunia ini bukanlah untuk manfaat kita seorang.

"Berusahalah menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lainnya," ujarnya.

Aktivis mahasiswa itu dilihat tidak keseorangan berdepan kemungkinan tindakan tatatertib apabila dibanjiri ratusan ungkapan semangat dan sokongan daripada masyarakat berbilang kaum.

Bahkan, status Facebook beliau bersama lampiran 'surat cinta' itu dikongsi lebih 100 netizen setakat pukul 10 pagi tadi.

Antaranya, komentar pengguna Facebook, Noor Muhammad yang berkata, "Harga pengorbanan seorang pejuang rakyat.

Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan untuk Anis Syafiqah."

 Pentadbiran UM menganggap tindakan Anis menyertai himpunan menuntut MO1 yang dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang haram diheret ke mahkanah sebagai memudaratkan nama baik universiti. Pentadbiran UM menganggap tindakan Anis menyertai himpunan menuntut MO1 yang dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang haram diheret ke mahkanah sebagai memudaratkan nama baik universiti.
Menurut Lee Khai Loon pula, "Tibanya masa untuk UM tunjukkan autonomi kampus serta tidak diperalatkan oleh #MO1. Terus berjuang!

Solidariti bersama Anis Syafiqah," manakala Jean Vaneisha menulis, "Kak Anis Syafiqah, you are an amazing human being with an unshakeable spirit. I stand with you."

Kecaman dan sindiran

Turut mengundang kecaman dan sindiran orang ramai apabila Rohana dalam surat itu mengaitkan penyertaan Anis sebagai "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik universiti."

Antaranya, Shahirah Ali Zaman yang menyarankan supaya Anis meminta pihak universiti pula menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan memberikan bukti kukuh.

"Minta justifikasi dia (pentadbiran UM) pula. Begitu. #mainblssuratpulak #pecahkacapecahgelas," katanya.

Turut mendesak UM menjelaskan dakwaannya itu, Elson Tiow menyifatkan pentadbiran universiti di Parlimen Lembah Pantai itu melakukan tindakan memalukan.

"Jadi, UM hanya nak hasilkan pelajar yang selalu ikut perintah, tak dapat fikir individual, diam-diam, tak peduli keadaan negara? UM nak hasilkan pelajar begini? Malulah UM.

"Anis Syafiqah, jangan risau. Kamu mahasiswa yang berani, mempunyai pemikiran yang baik, cinta negara. I will support you. You win the support from us and rakyat," kata Tiow lagi.


Tiada ulasan: