HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Oktober 2016

Jamal mewakili NGO, bukan UMNO – Noh Omar

Oleh Hamdan Othman
 
 
 
Noh Omar
Noh Omar
 
 
"Saya tak boleh komen tentang Baju Merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Mohd Yunus sebab dia mewakili kumpulan NGO, bukan parti UMNO,".
 
Itu jawapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negrei Selangor, Tan Sri Noh Omar bila ditanya wartawan MalaysiaGazette tentang tindakan Jamal yang dilihat seolah-olah UMNO membawa budaya samseng yang menjadi viral di media sosial.
 
"Kita tidak boleh letak kumpulan baju merah itu mewakili parti UMNO walaupun Jamal adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
 
"Sebagai ketua kumpulan NGO, Jamal tidak terbabit dalam parti ketika menyertai gerakan baju merah dan kenapa ia mesti dikaitkan dengan UMNO?
 
"Yang jelas, agenda kumpulan baju merah itu adalah untuk menghalang kebiadaban kumpulan baju kuning yang dilihat semakin mengancam keselamatan negara," katanya.
 
Tambah Noh, apa yang boleh dikata adalah kumpulan baju kuning sepatutnya menghentikan gerakan untuk mengguling kerajaan.
 
"Cukup-cukuplah apa yang telah dilakukan sebelum ini kerana ia tidak menguntungkan malah membawa pelbagai musibah yang tidak diingini.
 
"Kalau betul tak sukakan kerajaan hari ini, tunggulah pilihan raya umum akan datang dan buatlah pilihan secara demokrasi," tegasnya. - MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: