HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Oktober 2016

Khalid digesa tegas dengan sifat gengsterisme Jamal, desak Khairuddin

MALAYSIA DATELINE
 
 
(dari kiri) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Datuk Seri Jamal Md Yunos.(dari kiri) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa bertegas mengendalikan ugutan dan tindakan genssterisme yang dilakukan oleh Pengerusi NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Baju Merahnya.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata ugutan-ugutan yang dilakukan Jamal sebelum ini terhadap peserta konvoi Bersih 5 dakwanya membahayakan keamanan dan ketenteraman negara.

"Ugutan-ugutan Jamal Md Yunos ini cukup membahayakan keamanan serta ketenteraman negara. Kalau Polis Diraja Malaysia tidak tegas keatas penyangak Jamal Md Yunos saya cukup yakin imej serta kredibiliti PDRM akan tercemar.

"Sejarah telah membuktikan bahawa Tan Sri Khalid menangkap saya seterusnya memasukkan ke dalam lokap dan Penjara Sungai Buloh kerana menuduh saya cuba sabotaj ekonomi negara.

"Hanya kerana saya membuat laporan polis memohon pihak PDRM untuk menyiasat kehilangan puluhan billion ringgit dana syarikat 1MDB tiba-tiba saya ditangkap dan didakwa di bawah akta SOSMA.

"Walhal, pada hari ini pejabat Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul bukti bahawa berbilion ringgit wang syarikat 1MDB telah diselewengkan Begitu juga dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland telah mengesahkan sejumlah RM16.8 billion duit syarikat 1MDB juga telah diselewengkan. Begitu juga dengan negara Luxembourgh serta Singapura turut mempunyai bukti wang syarikat 1MDB telah dicuri.

"Saya yang bercakap benar telah ditangkap dan didakwa di bawah akta pengganas SOSMA," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, kali ini beliau mahu melihat sejauh mana PDRM bertegas dengan Jamal yang juga Ketua Umno Bahahagian Sungai Besar itu.

"Jadi kali ini saya nak lihat pula apa tindakan yang bakal diambil oleh Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara ke atas Jamal yang cuba mencipta huru-hara di negara kita," ujarnya.

Tiada ulasan: