HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Oktober 2016

Lim: 'Wawasan 2020 tambah 30' Najib tunjuk kegagalan

MALAYSIAKINI


Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melupakan Wawasan 2020 yang hanya tinggal empat tahun lagi dengan memperkenalkan visi baru 'Transformasi Nasional 2050', soal pemimpin DAP Lim Kit Siang.

"Ia paling mengejutkan bahawa Najib boleh begitu dengan angkuh dan biadab menolak Wawasan 2020 walaupun dalam bajet tahun lepas, beliau mengulangi komitmen mencapai Wawasan 2020 dan sasaran status negara maju.

"Apa telah berlaku kepada Rancangan Malaysia Ke-11 yang Najib diumumkan di Parlimen pada Mac tahun lepas sebagai 'pusingan terakhir' dalam mencapai taraf negara maju pada 2020?

"Adakah dia membiarkan Wawasan 2020 dan pusingan terakhirnya?" soal MP Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Lim berkata perdana menteri membayangkan penolakan kepada Wawasan 2020 dengan mengatakan legasi lama perlu berlalu dan ia merupakan pengakuan bahawa Malaysia gagal mencapai negara maju pada tahun berkenaan.

Beliau berkata kegagalan ini dan tiada kepercayaan terhadap bajet berikutan skandal 1MDB merupakan sebab utama pembangkang meninggalkan parlimen semalam.

Tiada ulasan: