HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Oktober 2016

Loji Sg Semenyih ditutup lagi, beberapa kawasan alami gangguan air

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
 
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi ini akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.
 
Kawasan yang mengalami gangguan di daerah Hulu Langat ialah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.
 
Bagi daerah Kuala Langat, ia merangkumi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.
 
Sementara untuk daerah Petaling, kawasan terjejas ialah USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang.
 
Kawasan di daerah Sepang pula melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.
 
SYABAS berkata penghantaran bekalan air bantuan sedang diuruskan dengan lori tangki ke kawasan terlibat.
 
 

Tiada ulasan: