HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Oktober 2016

Mujur viral, jika tidak modul 'campak ular' diteruskan

MALAYSIA GAZETTE



Tindakan mencampakkan ular dalam kolam latihan dalam Program Latihan Jati Diri di bawah kelolaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah keterlaluan dan tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu APM mengakui kesilapan dan meminta maaf secara terbuka kepada pelajar dan keluarga terbabit.

SAMM berkata, ia memandang serius mengenai kejadian itu kerana modul latihan itu jelas melanggar standard operasi prosedur.

"Tenaga pengajar beri alasan bahawa ular sawa itu tidak bahaya dan berbisa. Ini bukan soal bahaya atau tidak tapi soal pelajar jadi trauma dengan ular. Mujur Video ini menjadi viral dan dikecam netizen, Jika tidak pasti latihan seperti ini masih diteruskan.

"Walaupun dikhabarkan APM telah mengantung tugas serta merta semua anggota tenaga pengajar yang terlibat sehingga siasatan dalaman selesai namun masalah pelajar trauma bukan mudah untuk diubati," katanya dalam kenyataan di sini.

Program Latihan Jati Diri kelolaan APM yang diadakan di sebuah Sekolah Rendah terletak di Kuala Kangsar, Perak. dikecam kerana memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sebuah sekolah rendah sedang menjalani latihan jati diri dalam sebuah kolam yang dicampakkan dua ekor ular sawa oleh tenaga pengajar.

SAMM berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada tenaga pengajar berkenaaan dan APM agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: