HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Oktober 2016

Polis tahan enam lelaki bergaduh di tengah jalan [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis menahan enam lelaki daripada dua kumpulan terbabit dalam pergaduhan di Jalan Metro Prima 2, Kepong, tengah hari Ahad lalu.
 
Pergaduhan itu dipercayai berlaku selepas seorang daripada mereka menuduh seorang lelaki dari kumpulan kedua merosakkan motosikalnya.
 
Pergaduhan mereka yang bersenjatakan kayu, batang besi, batu, kerusi plastic dan juga penggelap lantai, berlaku secara terbuka ketika kenderaan lalu lintas di situ.
 
Video pergaduhan itu kini sudah viral dan ditonton lebih 61,000 kali, dengan beberapa penonton mempersendakan mereka terbabit.
 
Selepas kejadian, kedua-dua kumpulan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Sentul.
 
Ketua polis Sentul ACP R. Munusamy berkata, tiada orang yang cedera teruk dalam kejadian itu, kecuali seorang yang mengalami lebam di badannya.
 
Berikutan siasatan, polis menahan tiga lelaki dari satu kumpulan.
 
“Kemudian kami menangkap tiga lagi lelaki daripada kumpulan satu lagi,” tambahnya.
 
“Kami sedang menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan kegiatan samseng.”
 
Munusamy berkata, suspek ditahan reman hingga esok dan kes disiasat dibawah merusuh dengan senjata berbahaya.
 
 
 

Tiada ulasan: